1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk
tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara
semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya
kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan
sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita
yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki
ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada
lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari
yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu
berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara.
Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’
pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada
teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki
sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang
lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk
mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang
mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau
suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka
dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan
keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita
yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu
bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan
elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda
sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang
memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga
dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengaan si di apabila
si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di
dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan.
Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam
apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau
di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat
personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia.
Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang
anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu.
Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang
perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya.
Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi
kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan
si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan
membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa
bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di
waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber
inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia.
Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang
bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi
tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki
sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka
apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki.
Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah
perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah
secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam
pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin
terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda
menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan
tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan
memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami
anda.
18. Belajar berdikari
dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak
suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang
lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar
atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah
dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan
kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya
pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama
teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si
dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya.
Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta
teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai
anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan
sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna.
Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun
yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani
mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut
sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak.
Terasa pelik bila seorang perempuan itu tidak tahu memasak, Gerrard pun
tahu masak tau ^_^v. Memasak menunjukkan minat anda terhadap si dia
dan dia bangga dengan usaha anda.
25. Berpendidikan.
Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti
tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama
pasangan anda.Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah
daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang
mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si
dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif
apabila anda mengalami sebarang masalah.....
No comments:
Post a Comment